KRONOLOGI
Line-up asal mereka ialah Aman, Amie & Jepp. Mereka ni dah bertahun-tahun jamming bersama. Selalunya lagu-lagu instrumental dari Yngwie J. Malmsteen, Vinnie Moore, Joe Satriani, Blues Saraceno dan sebagainya, yang telah menjadi irama mereka kerana ketiadaan 'tukang lalak' yang sesuai nak bawa lagu-lagu sebegini. Badang & Eddie join pada bulan April 1999.
Badang dipanggil selepas datang audition (dia sebenarnya teman member dia audition, tetapi selepas membelasah 2 lagu untuk lepas gian, dia pulak yang kena panggil…….) manakala Eddie dipanggil kerana kepakarannya diperlukan bagi melengkapkan 'sparring' Aman dalam semangat gitar berapi untuk pertandingan band.
Pada asalnya mereka menggunakan nama Watermelon, bak kata Aman “Banyak sangat band kat Malaysia ni yang pakai nama gempak-gempak tapi main lawak, lebih baik kita pakai nama lawak tapi main gempak kalau main tak gempak pun dah tentu-tentu pasal nama tu lawak”.
Selepas 2 minggu Badang & Eddie join, mereka menyertai pertandingan Juara Rock Powerhouse di Matahari Cafe ,Yow Chuan Plaza dengan nama Watermelon dan terus menjuarai pertandingan tersebut dengan Aman dipilih oleh para pengadil sebagai Best Guitarist. Sebulan kemudian mereka menyertai 'competition' di Bukit Jalil. Selepas melalui saringan di mana lebih dari 20 band yang bertanding, mereka berjaya ke final bersama 4 band lain. Malangnya hanya mampu menduduki tangga ke-3.
Di Bukit Jalil ,pertama kali mereka berpeluang menyaksikan persembahan METALASIA semasa 'opening for FTG' , dan menaruh keinginan untuk join TriCastle berganding bahu dengan METALASIA yang telah berjaya membawa suatu kelainan dalam industri muzik di Malaysia. Peluang untuk menyertai kerabat musik TriCastle Entertainment akhirnya tiba, bila King Shah menerima mereka setelah mendengar demo yang dihantar. Pada waktu itu demo mereka memuatkan lagu “Truth Remains" ( yang telah diubahsuai menjadi "Hina") dan“Time Will Tell” (diubahsuai menjadi "Pentas Dunia"”).
Semasa interview pertama mereka bersama ROTTW, supaya tampak lebih ganas dan gempak akhirnya ia ditukar kepada nama Melon King. Sebenarnya nama itu tidak bermakna apa-apa, cuma ia terkeluar secara spontan sebelum interview tu dibuat . Melon King start recording di TriCastle Studio pada bulan November 1999 dan akhirnya pada bulan April 2000 , maka lahirlah sebuah album yang panas lagi ganas sebuah album speed metal terunggul - "SAYEMBARA KUASA"
TRACKLIST
HINA
DARAH DEBU
TURUS NURANI/PENTAS DUNIA(RAKAMAN TERUS)
FIRASAT SI PENDITA
INFINITII
SAYEMBARA KUASA
PANCAINDERA WARISAN
WIRA SANUBARI
PELANGI
DOWNLOAD LINK http://www.mediafire.com/?2m2k08e8q5kzjpm
PASWORD RAR joekid
PASWORD RAR joekid
HEAR THE SONG